Amalan-amalan yang dianjurkan dalam Islam mempunyai pelbagai kelebihan .
Allah melimpahkan rezeki kepada umat-Nya dengan banyak sekali .
Allah memberi jalan kepada hamba-Nya utk mncari rezeki dalam plbgai bentuk
antaranya :-
1. Menyempatkan diri dengan beribadah .
Firman-Nya " Wahai anak-anak Adam, sempatkanlah menyembah
Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu .
Jika tidak melakukanya,maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan
dan Aku tidak menutup kefakiranmu ..
(Riwayat Ahmad,Tirmizi , Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a )
2. Tinggalkan Perbuatan Dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa.
Dosa bukan saja mmbuat hati kita resah malah akan
menutup pintu rezeki . Sabda Nabi SAW ...
" dan seorang lelaki akan diharamkan rezeki kerana
dosa yang dibuatnya ." ( Riwayat at -Tirmizi )
3. Sentiasa Ingat Allah.
Sentiasa ingati Allah membuatkan hati akan tenang dan hidup
akan berasa lapang . Ini rezeki yang Allah berikan kepada
orang yang beriman . Firman-Nya : " (iaitu ) orang-orang beriman
dan hati mereka akan menjadi tenteram dengan ingati Allah.
Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi
tenteram". ( Ar- Ra'd : 28 )
4. Kekal Berwuduk
Baginda bersabda " sentiasalah berada dalam keadaan bersih
(dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki ."
Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid
5. Berbuat Baik dengan Membantu Orang Lemah .
Berbuat baik kepada insan yang lemah ini termasuklah mengembirakan
orang tua , orang sakit , fakir miskin , anak yatim ....
Sabda Nabi : " Tidakkah kamu diberi pertolongan dan diberikan rezeki
melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu"
( Riwayat Bukhari)

No comments:
Post a Comment