Friday, January 27, 2012

definisi , nilai , prinsip-prinsip Koperasi



entry kali ni aku nak share tentang korang tentang koperasi . apa guna kalau aku belajar tentang koperasi but x share kan .. ~*


apa itu koperasi ???


- Koperasi sebuah persatuan manusia yang berautonomi dan bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi , sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama serta dikawal secara demokrasi.




Nilai-nilai asas ???


1. Membantu diri sendiri 
2. Bertanggungjawab keatas diri sendiri 
3. Demokrasi
4. Kesamarataan
5. Keadilan
6. Perpaduan 




Prinsip-prinsip koperasi ???


1. Keanggotaan secara terbuka dan sukarela
- satu organusasi sukarela dan terbuka kepada semua orang yang menggunakan perkhidmatan yang sanggup terima tanggungjawab keanggotaan tanpa kira jantina , bangsa , sosial dan politik.


2. kawalan demokratik anggora
-satu organisasi yang dikawal oleh anggota yang menyumbang atau sertai dalam penyediaan polisi dan buar keputusan. Anggota merupakan kuasa yang tertinggi dalam koperasi yang akan memberi khidmat setelah dilantik sebagai wakil / anggota .  
- Anggota koperasi mempunyai hak 1 undi , 1 anggota .


3. penglibatan ekonomi anggota
- anggota menyumbang secara adil dan dikawal demokrasi dalam bentuk modal saham kepada koperasi.Modal ini adalah harta asas kepada koperasi dan anggota akan mendapat faedah yang terhad atas sumbangan modal keahlian tersebut


4. autonomi dan kebebasan
- koperasi adalah organisasi yang berautonomi , organisasi yang membantu diri sendiri yang dikawal oleh anggota sendiri.


5. Pendidikan , Latihan dan Maklumat.
- koperasi akan menyediakan pendidikan dan latihan kepada anggota , ALK , JAD dan pihak pengurusan koperasi . 
- Ini akan menyumbangkan keefisyenan dalam pengurusan dan pembangunan koperasi 


6. Kerjasama antara koperasi-koperasi
- koperasi dapat memberi khidmat yang terbaik untuk anggota-anggota dan kukuhkan gerakan koperasi menerusi struktur tempatan dan antarabangsa.


7. Prihatin terhadap komuniti
- koperasi akan usaha untuk mewujudkan pembangunan berdaya kekal komuniti-komuniti melalui dasar-dasar yang diterima anggota mereka.

JUST A KISS



Lyin' here with you so close to meIt's hard to fight these feelings when it feels so hard to breatheI'm caught up in this moment, caught up in your smile

I've never opened up to anyoneSo hard to hold back when I'm holding you in my armsWe don't need to rush this, let's just take it slow

Just a kiss on your lips in the moonlightJust a touch of the fire burning so brightAnd I don't want to mess this thing upNo, I don't want to push too far

Just a shot in the dark that you just mightBe the one I've been waiting for my whole lifeSo baby, I'm alright with just a kiss goodnight

I know that if we give this a little timeIt'll only bring us closer to the love we wanna findIt's never felt so real, no, it's never felt so right

Just a kiss on your lips in the moonlightJust a touch of the fire burning so brightNo, I don't want to mess this thing upI don't want to push too far

Just a shot in the dark that you just mightBe the one I've been waiting for my whole lifeSo baby, I'm alright with just a kiss goodnight

No, I don't want to say goodnightI know it's time to leaveBut you'll be in my dreamsTonight, tonight, tonight

Just a kiss on your lips in the moonlightJust a touch of the fire burning so brightAnd I don't want to mess this thing upI don't want to push too far

Just a shot in the dark that you just mightBe the one I've been waiting for my whole lifeSo baby, I'm alright

Oh, let's do this right with just a kiss goodnightWith a kiss goodnight, kiss goodnight

Saturday, January 21, 2012

Mr Gato : Nak Pilih Tempat Makan .

macam mana korang kalau pilih tempat makan with korang puye bf ?
ada yang mudah , ada yang senang je .
tapi kan bagi aku MR G aku ni akan tanya . " yang, nak makan kat ne ek "??
ok ..  cam best je dia tanya kan . aku akan jawab lahh " makan kat nasi ayam sogo "..
2 sebagai contoh lahh kan . dia msti akan ckp " kita makan kat foodcourt mid jelah "
adehh . baik xyah tanya kn ? tapi 2 lahh bf aku . mmg selalu gaduh pasal benda remeh lahh
aku akan moody sebab dia suka wat cam 2 . tapi aku ni xsuka merajuk lama2 .
dah dapat makan , senyap jelahhh . walaupun dah kempunan makan apa yang kita hajat 2 .


tapi dah lama2 dia dah faham . kalau dia rasa nak makan kat mana2 , dia kena
decide awal2 .. jangan tanya aku and bila aku jawab dia bantah pulakk .
memang cari pasal dan penyakitt lah kalau dia wat cm 2  .
so , apa aku nak ckp aku nak say THANZ sgt kat dia sebab diaa
banyak juga sabar dengan aku ni haaaa .
XOXOXOXOXOXOXOXO

Monday, January 16, 2012

Mr Gato : Panas BARAN ??



and now aku tgh duk ngadap laptop smbil mata aku jeling2 kat skrin tv chanel817 . 
mlm ni ARSENGAL vs SWANSEA . 
entry kali ni aku nak story pasal BARAN .


Dulu time kami mula-mula kenal kan . ramai yang cakap kat aku si Mr.G aku ni 
haaaaa baran lahh , cepat naik angin ... bagai-bagai lahh kan . 
mmg . ! mmg mula-mula berkawan dia mmg hot tempered sikit . 
kalau bab kenakan org no 1 .!!! tapi kalau tima orang sakat dia perhh 
smpai dah baran diaaa . 


but after kenal hati masing-masing AND after dah fallin in love .
baru tau siapa yang panas baran .. 
HAHAHA . Ternyata Mr . G aku 2 mengaku yang aku lagi panas
baran dari diaa . sampai kan kalau aku tengah naik angin 2 dia lakk yang 
duk tenangkan aku . Dia kata dia memang kalah kalau gaduh dengan aku . 


korang semua , aku nak bagi petuaa . petua ni dari member aku .
Dia kata senjata paling kuat bagi wanita ialah AIR MATA . 
serius wei , mmg ... ! mmg lelaki akan kalah dengan air mata wanita ni . 
2 pun kalau lelaki tu ada hati and perasaan . 
kalau x feel 2 mmg xfallin in love . 
Aku dah try .. mmg Mr G akan kalah dengan air mata aku ...
tapi xdek lahh aku nak ambik kesempatan dengan guna air mata ni lak . 
nanti kalau xlaku air mata ni haaa padan muka aku . 


back 2 baran tadi . Bagi aku lahhh kan bila time gaduh 2 
kena seorang yang mengalahh  , Cuba belajar untuk mengalah 
and jika bersalahh try lahhh mengaku kesilapan sendiri .
Jangan lahh terlalu ikutkan perasaan . 
tolak ansur , bersabar 2 amat sngat penting taw  , 


So , aku just nak ingat kan korang and dri aku sendiri 
to try kurangkan panas baran . !
xoxo . !

Thursday, January 12, 2012

Mr Gato : Hobi yang sama .

entry kali ni aku nak story pasal hobi . biasanya jarang gurls ada hobi cam aku .
aku mmg suka tengok BOLA . mksud aku tgk match lahh kan .
aku memang xsuka karaoke . xsuka tempat2 yg serabut seperti tempat hiburan cam 2.
rasa sesak sbb bagai2 ragam manusia . Lagi pun kalau aku menyanyi kopem berdarah
telinga org degorrr . serius mmg xsedap langsung .. !! buang karan je ..


jadi nya si Mr gato ni pun xberapa suka ke tempat sebegitu rupa .
kami memang ada hobi yang sama iaitu BOLA . but ada jugak BEZA nya .
aku mmg fans MU and dia fans ARSENGAL . !!
so , mmg selalu berbalahh . tima mula kami berkawan time hangat
WORLD CUP 2010 . time 2 pun kami xsuka team yang sama .
aku fans BRAZIL and dia menyokong kuat BELANDA ..
mmg time 2 bergaduh aje .. ada je bahan nak menangkan team masing2 .
ohh . time Brazil kalah dek perbuatan ganassss player Ned mmg aku bengang gilerr .
smpai mogok dengan dia . time 2 kami just 'kawan'...


and now bila dah berkawan lebih . kami still lagi dengan team masing2 .
kdg2 kalau keluar dia pakai baju Arsengal dia . aku maintan pakai baju MU aku 2 .
event ada fatwa kata haram pakai baju MU . tapi bagi aku niat pakai baju 2 bukan
untuk pujakan setan .
mmg Mr . Gato marah giler aku pakai baju 2 .. ~* sory okehh ...
time kami jalan kat Mall , ada gak yang pndang2 kami jalan but pakai jersi yang lain team
nasib baik lahh Mr gato terima benda itu semua sebagai pro kontra dalam rltionship .
xsemua benda yang suka itu sama kan . kadang2 ada kontra baru lahh best . ! ada jugak
bahan nak hentam2 kan .. hehehe . !!

Wednesday, January 11, 2012

RASULULLAH S.A.W , UMAT MU TERLALU SAYANGKAN MU .

Detik-detik Rasulullah s.a.w dijemput sakaratul maut:


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.


Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah;


“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.


“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.


Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat Penghantar Wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat rasa maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan-akan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku” – “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan, “Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku…” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma solli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi… Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Tuesday, January 10, 2012

Mr Gato : 2nd time bercakap . !

satu pagi aku and budak-budak dorm telah survey rumah utk kami sewa .
dengan gunakan kereta pesona CCH kak nurul kami mulaa kan jelajah kami .
dengan bawak calculator , kertas dan juga pen . kami mulakan mencari dan mencari .
time 2 kami dah dapat 2 rumah di kawasan vista .

dah dekat petang tu kami g lahh ke ss8 untuk minum2 .
masing-masing muka dah serabaiii .. opssss .ada pulak mamat ni haaa .
mr.gato tgh take tea with bff dia kann . so , just senyum
and tanya2 gitu lahh  . aku mmg xdek mood sebab tensen pasal
umah 2 lahh kan . sekali tu dia bangun and letakkan
polisterine yang dalam tu ada apam balik ... !!!
hehehe . " makan lahhh . "( sambil senyum tersengih-sengih )
dia terus blaaa je ..

aku pun ngapp dengan member-member aku apam balik 2 .
ternyata memang sedapp .
dalam hati jangan diaaa baca2 kat apam balik 2 udahh lah kan ....

malam tu dia pun add di facebook .
( xperlu nak menyayi lagu cinta muka buku okehh ) !!

 xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxo

Mr Gato : 1st time tegur .

and that night aku dengan mila dinner with 2 orang kawan from audit program .
kami rapat gak lahh . walaupun from lain2 negeri tapi diaorang cakap pahang .
2 yg aku senang dengan dia berdua .. so , time makan 2 kami story2 lahh 

sal negeri masing2 . sekali tu kann lalu lahh mr.gato ni haaa . 


I : Beep , budak ni haaa budak pahang . aok kenal x ?
B : koi xtau siapa budak ni , tp pernah gak lah nampak . 
I : budak ni budak pahang . aok xcye tye dia ....


si Mr gato ni pun blur-blur lahh kan . ( tima dah berkawan mmg ternyata dia memang suka blur-blur ni . )
HEHE ~* (sory B ! ) ..

so , tanya2 lahh kan . . HAAA . ~* 2 lahhh first time kami berborak . tapi kejap jelahh . 
xdek lahh beria gat kann . 

Mr Gato : siapa dia ??

sebenarnya dah lama nak type entry ni . cuma xdek masa je . kali ni aku nak story 'tentang kami'
first time nampak Mr .Gato .... jeng2 . ~* 
time 2 aku dinner dgn mila di ss8 . ada gosip2 psl mr . gato sebenarnya .. so , pndang jelahh . 
time 2 xdek pun lagiii 'eletric sight' from my eye . dia entah lahh kan ( bila di tnya semula, xdek pun .. mmg jenis xromantic ) . HAHAHAHA !

so , pndangan 2 just time 2 jelahh . xdek feeling2 pun . 

Saturday, January 7, 2012

Jodoh satu pencarian atau penantian ...

Apa yang perlu lakukan  . ?

  • Fahami sifat jodoh yang telah ditentukan Allah termasuklah dengan siapa dan bila waktunya . Kita perlu berusaha tetapi Allah akan menentukan segalanya . Berdoa dan bertawakal perlu dilakukan supaya kita diberikan jodoh yang baik-baik .
  • Belajarlah mengenai tanggungjawab suami dan isteri di dalam rumah tangga Islam.Cuba tanya diri sendiri adakah diri kita layak untuk menjadi seorang suami / isteri yang soleh / solehah . Jika belum , usahalah untuk mencapai tahap itu .
  • Buat gambaran kasar jika sudah berumah tangga . Bincangkan mengenai komitmen yang perlu mengikut syariat Islam agak mengelak berlakukan konflik yang memecah belahkan hubungan . 
  • Selepas itu mulakan ' buru jodoh ' yang sebenarnya dengan cara yang benar. Buru pada waktu2 sepertiga malam. diatas sejadah dengan kerelaan hati .
  • Sesudah itu , fahamilah keperbadian  diri sendiri dan belajar fahami perbezaan peribadi orang lain.
  • Jangan terlalu cerewet pilih pasangan . Apabila bertemu yang baik agama dan akhlaknya , itu amat memadai . 
  • Cari pasangan yang boleh memahami antara satu sama lain .
  • Belajarlah berminta maaf .Buangkan segala ego yang ada, kerana ego akan merosakan hubungan  .
  • Motivasikan diri . Stress kerja dan bebanan lain akan timbulkan suasana yang agak 'kureng' . so , perlulah belajar memberi kata2 semangat kepada pasangan .
  • Kenali pasangan . Ketahui kelemahan dan kelebihan pasangan anda . Ia akan merapatkan lagi hubungan .

Monday, December 26, 2011

' HATIKU DI KINABALU ' .

entry utk mlm ni aku nk story ckit pasal ' HATIKU DI KINABALU ' .


Lakonan mantap Zul Ariffin ( Anuar ) , Yana Shamsuddin ( Qistina ) dan Irma Hasmie ( Lara ).


Bermula apabila Anuar dan Qis bercinta ketika di kolej . 
diaorg prnah sama2 mndaki gunung kinabalu . 
Anuar pernah berjanji akan setia kpd Qis je . 
and after hbs study diaorg pun khwin and get daughter,Maya . 
dlm a few month Qis xcident and koma .
after 5 thun koma anuar khwin lah dgn Lara.
So , Maya 2 dah sebati dgn Lara .. 
After 10 years , Qis sedar and dia happy gler sbb dia tau yg 




hbsband dia setia tgu wlaupun dia koma trlalu lama . 
Lara dan Anuar rhsiakan tntang prkhwinan mereka . 
Maya mula dingin dgn Qis sbb xpernah rasa ksh syang dr Qis sndiri .
And smpai lah one day Qis jmpe pic prkhawinan Anuar dan Lara .
and ketika itu dia rse lebih baik dia trus koma/mati sbb husband dia xsetia dgnnya . 
bila dh kantoi Qis mintak Anuar lepas kan dia .

ending this story agak touching lah kan . 
mmg mntap lakonan zul and yana . 


Ni lagu tema antara Qis , Anuar and Maya .

SAYANG KINABALU
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

Kinabalu dekat di kundasang
Banyak sayur bulih pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu…

Monday, December 19, 2011

alif imran

arhh . puye lahh rindu kat budak ni smpai acu rajin nak edit2 pic budak mata bolatt ni . ~* 






bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian .



Setiap manusia di dunia ini akan menhgadapi dugaan dari Allah S.W.T  .
Ada golongan yang kaya , sederhana dan ada juga yang miskin . 
Yang miskin itu bukanlah hina . Mungkin itu adalah takdir hidupnya . 
kadang2 bila orang dah senang , mudah untuk menongak ke langit . 
Segala kesenangan yang diberi datangnya dr-Nya . 
Yang kaya membantu yang miskin . 
kadang2 kesenangan yang kita dapat tidak berkat . 
kadang2 ada yang duit banyak , tapi hati xsenang . 
keberkatan itu amatlah penting . 
aku pegang kata2 abah , 
biar lah susah2 dahulu , Insyaallah akan senang kemudian

cerita tentang bantu membantu ni banyak bg pedoman dalam hidup aku . 
setiap kali kita membantu sesama insan di dunia ini biarlah kerana ALLAH
bukan utk dibalas , kelak tidak direhdai Ilahi . 
biarlah membuat kebaikan atas dasar memohon keredhaan-Nya . 
Di dalam Islam sendiri , menggalakkan manusia memberi bantuan untuk 
kebaikan di dunia dan di akhirat kelak . 

Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)

Jadi , bg kalian renung2 kan lah . setiap bantuan yang kita lakukan biarlah kerana ALLAH . 
bukan untuk DIKENANG , DICANANG , DIBANGGAKAN , DIMEGAHKAN . 
Kita hanyalah hamba-Nya . 
Berdoalah agar mendapat keredhaan dari Allah S.W.T . 
Insyaallah . 



mkm di hati siapa ? vol 4

... entry malam ni khas utk my sister . Nur nadia farahin . ~* 
tiba2 je ingat sgt kat dia . mybe dah rindu tahap gaban . 

teringat lak time clas law. clas PN Z . ~*
si MOk ni mmg Cuak kalau atend clas PN . Z
dia puye gelabah semacam je . 
one day 2 kan . dia puye gelabah time nak
start class . habis semua buku jatuh , 
time 2 senyap je . sunyi .
semua trkejut sbb dek dia puye buku 
2 jatuh  . ni pasal ye meja kami kecil cenonet sgt2  . 
kalau clas Law mmg bnyak sgt buku dibawak .
rasa cam zaman duk skolah menangah dlu lahh kan
penuh beg . berat gler .. ~*

belum lagi kalau nak prezent . 
sejuk2 habis tangan and kaki . ( padahal aku pun sme je ). 
tapi serius lah kalau clas Pn . Z mmg lain ckit lahh . 
seram sejuk ckit tp classs dia mmg xpernah lah nak ngntok2 ni .
tegak je . sbb nama aku and Syamilahhh mmg femes dia sebut2 kan . 
so , kena standby lah sebarang jwapan ... 

xoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxoxxoxoxo

Thursday, December 15, 2011

Who Bruno Mars ?

local / international .
aku lebih suka kan intenational artist .
kalau nak disenaraikan mmg jenuh lah . 
semua ye aku suka . 

ni pic dalam video clip 'the lazy song' :: ingat lak time karaoke dgn adik2 ku dlu 

first lagu 'nothin on u ' feat with B.O.B . awesome . 

ni pic utk video clip apa . not rmber2 . yg ada gurl yg comelll . tgk mata dia 2 . wahhh ~*


nelly , crish brown lah ...justin but more like if he in da group .. mcm dlu2 n`sync .
but now aku suka sgt bruno mars .
dengan muka pan asia 2 buat aku ase dia look so great .
but mostly yg aku ske tntang dia suara dan lirik2 lagu dia .
simple . mudah difaham . xbanyak carut2 .
rse tenang kalau dgo lagu dia kan .

mula-mula lagu single dia yang first buat aku
fallin in love dgn voice dia lahu ' nothing on you '
wahhh . ~* bruno mars ni American yg lahir di Honolulu , Hawaii
mom dia from Filifina keturunan 'Puerto Rico' that y mke 
dia ada mke panasia gitu . look so awesome .
and now umur dia 26 years old . 
buat dia lagi great dia leh tulis lagu sendiri .
HAAAA ~* dats y aku suka sgt dia . 
video clip no bad gak . simple je but intersting sgt .

Wednesday, December 14, 2011

Ubat Tidur . ~*


Ubat tidur merupakan kategori  ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan 
menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur.  
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh  memberikan kesan sedatif. Contoh : ubat 
antikemurungan, barbiturates dan benzodiazepines.  
Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu digunakan untuk merawat keresahan dan 
masalah kesukaran untuk tidur. Sesetengah benzodiazepine digunakan untuk melegakan 
keresahan , 'alcohol withdrawal', 'panic disorders' dan sawan.  
Kebanyakan ubat antikeresahan 
(Contoh: alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam) 
boleh membantu masalah kesukaran untuk tidur apabila diberikan  pada waktu malam. 
Kebanyakan ubat hipnotik pula 
( Contoh: midazolam, zolpidem) akan memberikan kesan 
sedatif pada waktu siang.  


Komplikasi 

Kesan sampingan yang biasa dialami apabila mengambil ubat tidur adalah mengantuk dan 
rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan percakapan yang tidak jelas.  
Jangan memandu kenderaan jika masih mengalami kesan dari ubat tidur.  
Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam 
dos yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang. Apabila keadaan ini berlaku, ia 
menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut.  
Ubat tidur tidak boleh diberhentikan secara mengejut. Doktor akan menasihatkan bagaimana 
untuk memberhentikan ubat secara berkala.  

Rawatan 

Ubat tidur hanya boleh diambil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kesan ubat tersebut 
akan berkurangan kerana badan anda telah menyesuaikan diri dengan ubat ini.  Langkah Berjaga-jaga 
Masalah kesukaran untuk tidur dapat diatasi dengan merawat tingkahlaku secara kognitif  
Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk mengatasi kesukaran untuk tidur.  
• Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.  
• Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.  
• Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.  
• Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)  
• Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.  
• Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur 
hanya jika benar-benar mengantuk.  

Saturday, December 10, 2011

Tapi itu dulu Bukan sekarang

dulu orang kata
yang elok itu kendi
yang merah itu saga
yang elok itu budi
yang indah itu bahasa
tapi itu dulu bukan sekarang

dulu orang kata orang berdiri
kita berbahasa
orang memberi 
kita merasa
tapi itu dulu 
bukan sekarang

dulu orang kata
kalau tak dipecahkan ruyung
manakah sagunya ?
tapi itu dulu
bukan sekarang

dulu orang kata
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke lengan
tapi itu dulu
bukan sekaranf

sekarang baru aku faham
letak belakang kata orang
tak kira orang dulu
atau orang sekarang
kalau tak mahu melukut 
di tepian gantang ....

Friday, December 9, 2011

6 Kelebihan Hari Jumaat

Jadikan Hari Jumaat sebagai Hari yang paling istimewa . Apabila terbitnya matahari , dan bermulanya pintu rezeki kita terbuka seharusnya kita bersyukur kepada Ilahi diatas segala dugaan dan limpah kurnia yang diberi-Nya . Hidup ini sememangnya indah tetapi akan bertambah manis jika kita tahu hargai dengan Hari Jumaat .

1Berlakunya hari kiamat.
 Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” Oleh yang demikian jadikan Hari Jumaat sebagai hari untuk beribadah .
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
haaa . seeloknya , hari jumaat lah kita memotong kuku . ~* hilang segala penyakit dari badan kita . InsyaAllah .. 
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.


Sunday, December 4, 2011

BOLEH DI TEMPAH

Entry kali ni koi nak promote kan 
wokme semua hak yang nak 
kahwin , tunang , nak sambut bufday etc .

akak ipor koi , kak fieda 
yang buat , koi xpandai lah nak
deco sekreatif cam 2 kan .
tangan koi xberapa nak kreatif lah.




cantik x ?? kalau korang nak order leh 
la order direct kat koi  okeh .
pm je kat fb koi okeh .















byk lagi cake2 ye . 
koi xupload kan .
kalau wokme nak 
koi bg tau kat wokme harga ye ok . ~*


Friday, December 2, 2011

Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya

Sering terdengar pepatah ni.."Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya..." Anda pula 

bagaimana? Adakah ada wanita yang menyokong usaha kejayaan anda? Atau wanitalah menjadi punca 


KEGAGALAN anda ??


bagi pendapat aku lah kan , 
as a gf to mr . gato 
aku dah cuba yang terbaik untuk kejayaan dia 
start from check email , apply kerja , typing letter etc lah 
actly , aku as a kerani , merangkap menteri kewangan utk dia . 
but aku suka untuk pegang jawatan2 tersebut . 
and yesterday genap lah sebulan dia bekerja kan . 
CONGRAT lah dear  .

back to story .
aku nak kongsi cam ne uruskan lelaki2 ni .
kita yang perempuan ni kena bebel2 kan ckit diaorg
bukan bebel2 kosong je , but ada isi nya
kalau x di bebel dia xkan buat 
criusss wei . ~*
but depends lah . ada jugak lelaki akan buat kerja2 tersebut tnpa di suruh
haaaa . xramai yang macam 2 . 
apa2 pun yang paling penting is
TOLAK ANSUR
bila dia dah bekerja kita kena faham 
msing2 ada tugas ye kan . 
so , nak merajuk sbb dia xreply msj 2 
perkara biasa . mula2 mmg xbiasa
tp dah lama2 okeh kot 
tp masa yang sama kita ni kenalah pantau . no no bg 
peluang utk dia bebas kan . 
hahaha . langkah berjaga2 2 tau 

Antara pasangan yang bahagia . ustaz and ustazah


SAPORT !!!.
pun sgt penting utk pastikan kejayaan lelaki ni
bg lah saport yang membina
if dia ada msalah 
kita leh la share sama2 kan .
leh bagi pendapat kat dia kan .
tapi kalau bab2 family t BETTER kita hnya mendengar
and xberi apa2 KOMEN ,
sbb agak sensitif kan . itu lebih kpd perkara yang
kita xperlu CAMPUR . 

APEK . 
aclty , dlu aku mmg minat dia .
time dia engaged dgn ELIA dlu  .
but after that dia dah semakin liar sbb2 tertentu 
and aku percaya sbb perempuan jugak lah
prestasi dia smkin hambar . 
apa2 pun dia sepatutnya tidak
terlibat dengan gosip2 yang menjatuhkan dia . 
itu semua peranan WANITA / gf dalam hidup dia .
itu hanya lah contoh yang
leh kita ambik lah kan.











apa2 pun 
aku berdoa agat insan yang bergelar lelaki
kat muka bumi ini akan terus BERJAYA
and tidak lupa akan WANITA yang berada di BELAKANGNYA
..........................................