Showing posts with label story mory. Show all posts
Showing posts with label story mory. Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Jodoh satu pencarian atau penantian ...

Apa yang perlu lakukan  . ?

  • Fahami sifat jodoh yang telah ditentukan Allah termasuklah dengan siapa dan bila waktunya . Kita perlu berusaha tetapi Allah akan menentukan segalanya . Berdoa dan bertawakal perlu dilakukan supaya kita diberikan jodoh yang baik-baik .
  • Belajarlah mengenai tanggungjawab suami dan isteri di dalam rumah tangga Islam.Cuba tanya diri sendiri adakah diri kita layak untuk menjadi seorang suami / isteri yang soleh / solehah . Jika belum , usahalah untuk mencapai tahap itu .
  • Buat gambaran kasar jika sudah berumah tangga . Bincangkan mengenai komitmen yang perlu mengikut syariat Islam agak mengelak berlakukan konflik yang memecah belahkan hubungan . 
  • Selepas itu mulakan ' buru jodoh ' yang sebenarnya dengan cara yang benar. Buru pada waktu2 sepertiga malam. diatas sejadah dengan kerelaan hati .
  • Sesudah itu , fahamilah keperbadian  diri sendiri dan belajar fahami perbezaan peribadi orang lain.
  • Jangan terlalu cerewet pilih pasangan . Apabila bertemu yang baik agama dan akhlaknya , itu amat memadai . 
  • Cari pasangan yang boleh memahami antara satu sama lain .
  • Belajarlah berminta maaf .Buangkan segala ego yang ada, kerana ego akan merosakan hubungan  .
  • Motivasikan diri . Stress kerja dan bebanan lain akan timbulkan suasana yang agak 'kureng' . so , perlulah belajar memberi kata2 semangat kepada pasangan .
  • Kenali pasangan . Ketahui kelemahan dan kelebihan pasangan anda . Ia akan merapatkan lagi hubungan .

Monday, December 26, 2011

' HATIKU DI KINABALU ' .

entry utk mlm ni aku nk story ckit pasal ' HATIKU DI KINABALU ' .


Lakonan mantap Zul Ariffin ( Anuar ) , Yana Shamsuddin ( Qistina ) dan Irma Hasmie ( Lara ).


Bermula apabila Anuar dan Qis bercinta ketika di kolej . 
diaorg prnah sama2 mndaki gunung kinabalu . 
Anuar pernah berjanji akan setia kpd Qis je . 
and after hbs study diaorg pun khwin and get daughter,Maya . 
dlm a few month Qis xcident and koma .
after 5 thun koma anuar khwin lah dgn Lara.
So , Maya 2 dah sebati dgn Lara .. 
After 10 years , Qis sedar and dia happy gler sbb dia tau yg 




hbsband dia setia tgu wlaupun dia koma trlalu lama . 
Lara dan Anuar rhsiakan tntang prkhwinan mereka . 
Maya mula dingin dgn Qis sbb xpernah rasa ksh syang dr Qis sndiri .
And smpai lah one day Qis jmpe pic prkhawinan Anuar dan Lara .
and ketika itu dia rse lebih baik dia trus koma/mati sbb husband dia xsetia dgnnya . 
bila dh kantoi Qis mintak Anuar lepas kan dia .

ending this story agak touching lah kan . 
mmg mntap lakonan zul and yana . 


Ni lagu tema antara Qis , Anuar and Maya .

SAYANG KINABALU
Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh
hati saya rindu…

Kinabalu dekat di kundasang
Banyak sayur bulih pilih pilih
Apa guna pergi luar negeri naik kinabalu
hati saya rindu…

Monday, December 19, 2011

alif imran

arhh . puye lahh rindu kat budak ni smpai acu rajin nak edit2 pic budak mata bolatt ni . ~* 






bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian .



Setiap manusia di dunia ini akan menhgadapi dugaan dari Allah S.W.T  .
Ada golongan yang kaya , sederhana dan ada juga yang miskin . 
Yang miskin itu bukanlah hina . Mungkin itu adalah takdir hidupnya . 
kadang2 bila orang dah senang , mudah untuk menongak ke langit . 
Segala kesenangan yang diberi datangnya dr-Nya . 
Yang kaya membantu yang miskin . 
kadang2 kesenangan yang kita dapat tidak berkat . 
kadang2 ada yang duit banyak , tapi hati xsenang . 
keberkatan itu amatlah penting . 
aku pegang kata2 abah , 
biar lah susah2 dahulu , Insyaallah akan senang kemudian

cerita tentang bantu membantu ni banyak bg pedoman dalam hidup aku . 
setiap kali kita membantu sesama insan di dunia ini biarlah kerana ALLAH
bukan utk dibalas , kelak tidak direhdai Ilahi . 
biarlah membuat kebaikan atas dasar memohon keredhaan-Nya . 
Di dalam Islam sendiri , menggalakkan manusia memberi bantuan untuk 
kebaikan di dunia dan di akhirat kelak . 

Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali-kali kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat’. (Surah Al-Maidah: 2)

Jadi , bg kalian renung2 kan lah . setiap bantuan yang kita lakukan biarlah kerana ALLAH . 
bukan untuk DIKENANG , DICANANG , DIBANGGAKAN , DIMEGAHKAN . 
Kita hanyalah hamba-Nya . 
Berdoalah agar mendapat keredhaan dari Allah S.W.T . 
Insyaallah . 



Thursday, December 15, 2011

Who Bruno Mars ?

local / international .
aku lebih suka kan intenational artist .
kalau nak disenaraikan mmg jenuh lah . 
semua ye aku suka . 

ni pic dalam video clip 'the lazy song' :: ingat lak time karaoke dgn adik2 ku dlu 

first lagu 'nothin on u ' feat with B.O.B . awesome . 

ni pic utk video clip apa . not rmber2 . yg ada gurl yg comelll . tgk mata dia 2 . wahhh ~*


nelly , crish brown lah ...justin but more like if he in da group .. mcm dlu2 n`sync .
but now aku suka sgt bruno mars .
dengan muka pan asia 2 buat aku ase dia look so great .
but mostly yg aku ske tntang dia suara dan lirik2 lagu dia .
simple . mudah difaham . xbanyak carut2 .
rse tenang kalau dgo lagu dia kan .

mula-mula lagu single dia yang first buat aku
fallin in love dgn voice dia lahu ' nothing on you '
wahhh . ~* bruno mars ni American yg lahir di Honolulu , Hawaii
mom dia from Filifina keturunan 'Puerto Rico' that y mke 
dia ada mke panasia gitu . look so awesome .
and now umur dia 26 years old . 
buat dia lagi great dia leh tulis lagu sendiri .
HAAAA ~* dats y aku suka sgt dia . 
video clip no bad gak . simple je but intersting sgt .

Wednesday, December 14, 2011

Ubat Tidur . ~*


Ubat tidur merupakan kategori  ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan 
menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur.  
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh  memberikan kesan sedatif. Contoh : ubat 
antikemurungan, barbiturates dan benzodiazepines.  
Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu digunakan untuk merawat keresahan dan 
masalah kesukaran untuk tidur. Sesetengah benzodiazepine digunakan untuk melegakan 
keresahan , 'alcohol withdrawal', 'panic disorders' dan sawan.  
Kebanyakan ubat antikeresahan 
(Contoh: alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam) 
boleh membantu masalah kesukaran untuk tidur apabila diberikan  pada waktu malam. 
Kebanyakan ubat hipnotik pula 
( Contoh: midazolam, zolpidem) akan memberikan kesan 
sedatif pada waktu siang.  


Komplikasi 

Kesan sampingan yang biasa dialami apabila mengambil ubat tidur adalah mengantuk dan 
rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan percakapan yang tidak jelas.  
Jangan memandu kenderaan jika masih mengalami kesan dari ubat tidur.  
Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam 
dos yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang. Apabila keadaan ini berlaku, ia 
menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut.  
Ubat tidur tidak boleh diberhentikan secara mengejut. Doktor akan menasihatkan bagaimana 
untuk memberhentikan ubat secara berkala.  

Rawatan 

Ubat tidur hanya boleh diambil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kesan ubat tersebut 
akan berkurangan kerana badan anda telah menyesuaikan diri dengan ubat ini.  Langkah Berjaga-jaga 
Masalah kesukaran untuk tidur dapat diatasi dengan merawat tingkahlaku secara kognitif  
Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk mengatasi kesukaran untuk tidur.  
• Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.  
• Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.  
• Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.  
• Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)  
• Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.  
• Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur 
hanya jika benar-benar mengantuk.  

Saturday, December 10, 2011

Tapi itu dulu Bukan sekarang

dulu orang kata
yang elok itu kendi
yang merah itu saga
yang elok itu budi
yang indah itu bahasa
tapi itu dulu bukan sekarang

dulu orang kata orang berdiri
kita berbahasa
orang memberi 
kita merasa
tapi itu dulu 
bukan sekarang

dulu orang kata
kalau tak dipecahkan ruyung
manakah sagunya ?
tapi itu dulu
bukan sekarang

dulu orang kata
alang-alang menyeluk pekasam
biar sampai ke lengan
tapi itu dulu
bukan sekaranf

sekarang baru aku faham
letak belakang kata orang
tak kira orang dulu
atau orang sekarang
kalau tak mahu melukut 
di tepian gantang ....

Sunday, December 4, 2011

BOLEH DI TEMPAH

Entry kali ni koi nak promote kan 
wokme semua hak yang nak 
kahwin , tunang , nak sambut bufday etc .

akak ipor koi , kak fieda 
yang buat , koi xpandai lah nak
deco sekreatif cam 2 kan .
tangan koi xberapa nak kreatif lah.




cantik x ?? kalau korang nak order leh 
la order direct kat koi  okeh .
pm je kat fb koi okeh .















byk lagi cake2 ye . 
koi xupload kan .
kalau wokme nak 
koi bg tau kat wokme harga ye ok . ~*


Friday, December 2, 2011

Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya

Sering terdengar pepatah ni.."Di sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya..." Anda pula 

bagaimana? Adakah ada wanita yang menyokong usaha kejayaan anda? Atau wanitalah menjadi punca 


KEGAGALAN anda ??


bagi pendapat aku lah kan , 
as a gf to mr . gato 
aku dah cuba yang terbaik untuk kejayaan dia 
start from check email , apply kerja , typing letter etc lah 
actly , aku as a kerani , merangkap menteri kewangan utk dia . 
but aku suka untuk pegang jawatan2 tersebut . 
and yesterday genap lah sebulan dia bekerja kan . 
CONGRAT lah dear  .

back to story .
aku nak kongsi cam ne uruskan lelaki2 ni .
kita yang perempuan ni kena bebel2 kan ckit diaorg
bukan bebel2 kosong je , but ada isi nya
kalau x di bebel dia xkan buat 
criusss wei . ~*
but depends lah . ada jugak lelaki akan buat kerja2 tersebut tnpa di suruh
haaaa . xramai yang macam 2 . 
apa2 pun yang paling penting is
TOLAK ANSUR
bila dia dah bekerja kita kena faham 
msing2 ada tugas ye kan . 
so , nak merajuk sbb dia xreply msj 2 
perkara biasa . mula2 mmg xbiasa
tp dah lama2 okeh kot 
tp masa yang sama kita ni kenalah pantau . no no bg 
peluang utk dia bebas kan . 
hahaha . langkah berjaga2 2 tau 

Antara pasangan yang bahagia . ustaz and ustazah


SAPORT !!!.
pun sgt penting utk pastikan kejayaan lelaki ni
bg lah saport yang membina
if dia ada msalah 
kita leh la share sama2 kan .
leh bagi pendapat kat dia kan .
tapi kalau bab2 family t BETTER kita hnya mendengar
and xberi apa2 KOMEN ,
sbb agak sensitif kan . itu lebih kpd perkara yang
kita xperlu CAMPUR . 

APEK . 
aclty , dlu aku mmg minat dia .
time dia engaged dgn ELIA dlu  .
but after that dia dah semakin liar sbb2 tertentu 
and aku percaya sbb perempuan jugak lah
prestasi dia smkin hambar . 
apa2 pun dia sepatutnya tidak
terlibat dengan gosip2 yang menjatuhkan dia . 
itu semua peranan WANITA / gf dalam hidup dia .
itu hanya lah contoh yang
leh kita ambik lah kan.











apa2 pun 
aku berdoa agat insan yang bergelar lelaki
kat muka bumi ini akan terus BERJAYA
and tidak lupa akan WANITA yang berada di BELAKANGNYA
..........................................

Thursday, December 1, 2011




FULLHOUSE . ~* 
Entry kali bukan nak story tntang cter korea FULLHOUSE
but nak story satu store & cafe yg sgt sweet . 
hurmmm . disebabkan 1.10 yang lepas Mr.gato yg pilih utk makan di Kenny
and kali ini and utk tahun depan aku nak pilih lak sbb turn dia
yg belanja kan . so , aku nak sngat celbrate kat fullhouse ni . 
rasa tenang and cool je . and utk akan dtang 
aku nak dia bawak polaroid lak , bg nikon rest lak . 
hehehe . ini lah masanya nak guna kecanggihan polaroid si mr gato kan .






and apa yg aku nak sngat try kt fullhouse 2 ??? jeng2 . 



p/s : agak2 ye mr.gato layan x ek ??

Tuesday, November 29, 2011

what cn i say .

first day puye cerita .
8.15 dh smpai , ofis stil lagi trkunci
tnggu smpai 8.30 still lagi xbukak kunci ye .
8.35 bru lah boss bkak opis .
bler kot weii .. sbb sorang2 kan .
errr... dlm kul 9 cam 2 , boss pnggil nak
interview ckit lah kan . dia duk cter sal
aktiviti koop and ckit2 lah skop kje stiap staf .

dah nme first day kan . mmg xdek kje lah .
boss bg laporan msyuarat agung ke-14 . ~*
ambik kaw . duk ralit laaa bce buku 2 .
( tetiba jd cm org yg sgt berintelektual )
hahaha  . sbb leh fokus cm 2 kan

nasib baik lahh . akak account 2 baik ati gak
suruh aku wat invois . xdek lah melopong sje
more best is dpt out from koop 2 . ~*
xdek pe sgt yg aku leh take a learn .
but report aku leh gak laaa tulis2 kan .

c tomorow and what i cn do ?

Friday, November 25, 2011

syg korang semua . !

nadia ,
k.beep syg sgt kat nadia .. bnyak aktiviti dgn nadia .
sem 3 sem paling best ..makan mcm2 kita kan .
igt time bulan pose . wahhh ,merata kita g utk buka pose .
sebelum tido msti borak2 smpai trtido sendiri . kalau hostel dulu kita yg slalu
mndi lewat and tido lewat kan .bgun pagi laa pling liat ... hahaha . 
smpai kan g kelas xmndi . 2 dah trlmpau lwat and mls lah .
hahahaha . selalu ye kalau kita berdating selalu berdua kan .
kalau study pun kita lah yg selalu cm pecah kepala .
sbb yg laen cepat pick up kan . apa2 thanks sgt2
jadi adik kak beep yg plg cool tau  . LOVE u sgt dear .

mila ,
ni pon adik kak beep . si demok k.beep . hehe
tq sbb selalu bg nasihat kt k.beep .  
selalu guide kak beep kalau lak utk subjek 
yg kira2 kan . agak lemah di situ . wat formula
yg mudah nk igt kan . syok pe . 
byk story kita share sama2 .~*
kalau dah nk tunang / kahwin jgn lupa ajak k.beep taw
Insyaaallah akan smpai ke Kulim sne 2 ..



Timoh ,
hehehe . suka gaduh2 dgn timah kan .
tp k.beep okeh je , xterasa ati pun .
harap timah pun xdek terasa ati dgn k.beep okeh
syg timah ketat2 tau . hehehe ~* timah ni geng kaki
gosip k.beep taw and geng ketung ketang di dapo .
love u so much dear . best ye dapat peluk timah .... ~*
rinduuuuu ... pesan kak beep utk timah take care yr self
and jaga abah timah okeh . ~*

eym ,
hehehe . budak paling kecik . brash gurlz .
sory kalau k.beep suka menyakat eym kan . sje je
nak gurau2 kan . halalkan makan minum okeh . hehehe
pas ni kalau free2 msj lah okeh . jgn senyap je kat gong halt 2
xjauh pun kita . lebih kurang 1 jam jmpe lah kita kan .

mira ,
ni dak si kecik jugak kan . maaf kalau ada silap salah okeh .
k.beep syg gak kat mira . ~* time bufday mira 2 kan
k.beep sory tau kalay terover . kami wat cm 2 nak mira rasa
kami semua cam fmily mira . more than sahabat .
lepas ni kita contact2 lagi okeh . Insyaallah , kalau ada jodoh kita
akan bersama satu rumah lagi kan .
jangan makan cokelat je taw . mkn nasi . prktikal elok2 .
love u dear .

mue ,
syg munirahhhhhhhhh .
hukhuk . ~ * tq mue jadi sebahagian dari kami semua .
tq sbb nak beradik beradik dgn kami semua .
k.beep mintak maaf kalau ada silap or susah kan mue
ke apa kan . ! hehehe . kalau free and musim buah kat umah
k.beep dtg taw . and bhagia dgn akim taw . :-)
terlalu byk kisah manis and pahit kami lalui dengan mue
and mue bg kami semua semangat .
tolong kami nak pindah and sudi dtg ke umah kami
yg tak seberapa 2 kan . sgt love u mue .. ~*
senang dpt kawan , tp xsenang nak dapat sahabat cm mue . !


doakan k.beep berjaya okeh . kalau ada kje2 kosong past ni hello2
mber okeh . tq jadi adik2 k.beep . and love u all ........

a new colour of life


bercakap tntang colours in my life .
selasa depan akan bermula lah hidup bru aku
as a intern workers/student .
haaa . how can i sesuaikan dri .
who akan guideline kan aku .
agak risau but aku nak kutip itu
sebagai pengalaman baru .
mmg xmudah but i want try .

what apa yg pling takut ialah
cmne nak kendalikan koop 2  ,
cmne nak tulis report .
kena wat pe ek ?
wat air ?
fotostat ?
wat surat ?
fax surat ?
sapu sampah ?

apa ek ?

arhhh . agak mengusarkan but
semangat tu ada .
harap2 semangat 2 akan totally ada
dlm diri selama 3 month .

to all my adiksss ,
good luck okeh .
3 bulan kejap je kot .
tapi kalau xdek kje mmg lah rse lama .
ye dok ?

Monday, November 21, 2011

tonite aku nk story mory ckit . 

1986 . mak abah aku ke Mekah untuk tunaikan haji . ~* 
and after back from Mekah .. mak pregnant . a few month lah 
aku and akak aku beza 6 tahun . and rmai sedara mara 
kali ni mak aku pregnant berkat back from Haj .

May 1987 , aku lahir di kampung halaman Paya Pulai , Temerloh ..
konon2 ye aku lahir dgn baka2 Arab . konon yelah kan . 
kalau aku nagis je ... ~* muka habis merah2 .
macam kena lado .. masa kecil putih lah kan .
iras2 arab ada la kot ( mak aku yg story kan ) ..

tp bila dah besau ni haa . gelap truss . 
tapi now kalau nagis still lg hidung kening
bagai merahh . mke arab2 2 dah xdek . 
tp smpai skang ni kalau org tye . 
ni anak berkat haji ke ??
msti mak jawab ." a'ah . ni lah budok ye "....

Thursday, October 20, 2011

TERIMA KASIH ABAH

Terima Kasih Abah 
Dulu-dulu kalau abah balik opis 
Abah bwk adik ronda-ronda naik moto.


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu abah selalu ajar adik
Mengaji selepas solat maghrib


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu time pagi sebelum g
Sekolah Abah sikatkan rambut adik 


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu abah akan hantar adik g 
sekolah sampai pintu pagar 


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu kalau adik exam dapat 
no 1-3 abah akan bg hadiah 


Terima Kasih Abah 
Dulu-dulu kalau adik nak mkn burger
Abah akan belikan juga 


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu kalau adik mintak duit poket
lebih Abah akan bagi lagi lebih 


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu kalau adik lambat basuh kasut 
sekolah abah akan basuhkan 


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu kalau pepagi sejuk sangat
Abah jerangkan air panas untuk adik mandi


Terima Kasih Abah 
Dulu-dulu kalau adik demam 
Abah mesti bwk g jmpe Dr Chin 


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu kalau adik kata nak
balik umah tok mesti abah tunaikan


Terima Kasih Abah
Dulu-dulu kalau adik dan mak 
rse nak makan kat luar abah layan je .




mak abah time raya ahun 2010. i love both of u ...






: Terlalu banyak yang Abah aku lakukan untuk aku selama ini . So , abah xbagi aku masuk sekolah teknik,politeknik apatah lagi g belajar kat sarawak dulu ... Padahal itu semua kehendak aku . Tapi bagi aku pilihan abah and mak aku adalah yang terbaik . walaupun kadang2 bila fikirkan semula rse sedih sebab xdapat apa yang aku nak sangat . semua tu takdir . selagi ABAH and MAK ada ni aku nak happy kan diaorang sebab aku ase PARENTS aku lah yang paling best didunia .-----LOVE U ABAH 

Tanda Lelaki Sayang


Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.


Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.


Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.


Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.


Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!


Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!


Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..


Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.


Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.


Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!


Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.


Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.


Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.


Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


ehsan :tentangcinta.com

10 SEBAB KENAPA LELAKI TIDAK INGIN BERKHAWIN




1. Memang tidak ada nafsu tehadap perempuan.


2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih sehingga wujud perasaan tidak 
mempercayai perempuan lagi.


3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak poranda atau pernah melihat kekejaman ayah tehadap ibunya.


4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk barumah tangga.


5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti.


6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri.


7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri.


8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan.


9. Bimbang tidak bisa membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana 
dirinya.


10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.




Bagi saya, kebanyakkan mereka ini membujang mungkin sebab tidak yakin pada diri sendiri. Mereka sebenarnya mampu untuk memikat hati wanita tetapi mereka segan dan malu.

Tuesday, October 18, 2011

kenangan form six hostel- vol 3

edisi study  . ~*




aktiviti ponteng time study kat hostel dh jadi lumrah ...
dak2 form 6 dah tentu2 slalu blk lewat kn .
balik hostel,mkn and solat and then
kne g study pulok...mmg carca merba laa..
dgn biji mata rse nk kuo xdek mkna ye nk study .. ~*




ika standard lah . boleh di katakan stiap kali
time nk study msti dia bwk bntal bucuk dia caler purple .
nasib baik lah dak2 form 6 ada bilik khas utk
study di lebrey 2...~*
semua nk smpai cpt kat lebrey semata2 nk cari
port utk tido ...
aku and nani standard lah cri port kat
rak2 buku ... mula2 mmg smngat study
standard lah ari2 wat tutorial mikro/makro ekonomi ...
byk gler latihan Cekgu Aspalela kasi .... adehhhh
bg je 15 mnit utk stduy , masa yg lebih nya mmg mase utk tido ..
yg si ika dr mula masuk mmg landing kat bantal
bucuk dia 2 lahhh ..
jgn di kacau, copem lah mengamuk kan ...






kak odah pun mcm 2 . dia suka merayau2 mncari
novel ... ada je novel nk dia bce...
nasib baik la shanum and ziela jela koi ase
rjin nak study ...
hehehehe.. ~*




tp ada sekali 2 .. nani and intan lah wat kje giler ..
puye lah dia mls nak trun study ,
diaorg duk dlm dorm je
time exco2 nak chek dia org menyorok kat
balkoni yg menghadap ke jalan beso 2 ..
snggup lak dia ikot tingkap yg cermin dah hilang 2 ..
bapok lah bahaya ye .. hahahahah ~*
mmg brani mati lah dak2 ni ...




kalau time study mlm lak cam 2 gak ..
ada je bahan nak gelok .
bila exco datang je senyap jap .
elok je exco bla..bising smula ..
ika standard tido .. tido...
alahai , koi pun cam 2 gak .
smpai herot2 lah tudung ..
peduli pe kan .. skali warden datang ambik nak
mmg sentap lah .
yg pelik ye kan pas hbis time study je
segor..leh lak g bukak koperasi
beli ice cream pop lah . beli kerepek lah ..
adoiiii .. ~* 


kenangan time study mmg byk laahhhh .

Sunday, October 16, 2011

9 sebab sesuatu hubungan tak bertahan lama ~*




Dibawah ni antara sebab yang buat relationship korang xkan brtahan . SO  fikirkan di mana kita ? Apa kita perlu buat utk kekalkan relationship kita.




1. Menipu

 Memang kalau dah mula pandai menipu akan merosakkan sesuatu hubungan. Dengan menipu boleh membuatkan seseorang akan hilang kesabaran dan kewarasan.Namun begitu,ada yang menipu sebab ingin menyelamatkan sesuatu hubungan,tetapi akhirnya akan lukakan pasangan masing-masing.Bagi aku , just say da true . more better . so finaly xdek siapa akan rasa tertipu.Marah hanya sekejap je , tapi kalau menipu sampai bila-bila akan ingat ..


2. Kebebasan


Setiap orang ada hak atau kebebasan sendiri dalam kehidupan mereka . Maka kita tidak perlulah terlalu kongkong pasangan kita . Namun begitu ,sometimes kena ada pantaun juga bg elakkan benda yang akan menyakitkan hati . For examples , pasangan kita nak sepak2 bola kan dengan mber2 dia . Just bagi je. Xpayah nak halang-halang tapi kita just bagi syarat-syarat tertentu kan . if esok perlu kerja,terus balik umah kan . no lepak2 di mamak sampai 3 pagi.
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan.


3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Hubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
Perhubung








4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Yes memang menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas.Tidak perlu dipersoalkan perkara yang lepas,cukup sekadar sekali untuk mereka menceritakan . Tidak perlu mengungkit akan kisah kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.


5. Berbeza Pendapat

Dalam hubungan memang selalu berlaku perbezaan pendapat.Ada yang sampai merajuk dan bergaduh disebabkan perkara yang remeh temeh.Ada kebaikan jika kita sometimes ada perbezaan idea iaitu hidup kita tambah hapening not too bored kan..jadikan pergaduhan kecil 2 sebagai perkara yang sweet bila di ingatkan . ada funny ye jugak . BUT bila kita sentiasa menjadikan ia sesuatu yang perkara yang membebankan ini akan menyebabkan masalah yang berlarutan.


6. Status Yang Tinggi

memang x sesuai kalau ada sedikit rasa ego disebabkan oleh status yang lebih tinggi . Tidak kiralah pangkat or darjat keluarga kan . Yang penting dalam perhubungan adalah hormat antara satu sama lain.



7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.



8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.So,jgn lah mendesak pasangan kita . Just bg hint okeh  , but lelaki ni kalau xdidesak memang xkan alert dengan kita si perempuan ni kan ..



9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai kita . :-( 




p/s : Perlu banyak berdoa kepada ALLAH SWT supaya sentiasa hubungan itu akan diberkati-Nya