apa itu Hipotensi ??
Hipotensi ialah adalah satu keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, mual, pernafasan cepat dan pendek, dan cepat haus. Ini kerana tekanan darah bagi setiap orang adalah berbeza dan ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah. Terdapat beberapa sebab tekanan darah rendah iaitu kekurangan volum darah, dehidrasi seperti muntah-muntah dan cirit-birit, masalah jantung dan
tekanan otot yang lemah . jom chek list apa yang perlu dilakukan jika mengalami hipotensi . ?
Plain Water
* try minum plain water 8-10 gelas sehari . memang susah
tapi kalau dah try lama - lama okeh tau . try slow - slow lah kan .
makin lama akan terbiasa jugak .
Coklat
* Coklat not just for stress . Coklat jugak mampu
menaikkan tekanan darah . Makan dengan sederhana
kalau terlebih penyakit lain pula yg datang kan .
Kopi
* kopi sememangnya tinggi dengan kafein . org akan minum kopi
untuk berjaga lewat . akau xyah guna kopi pun memang tido lambat.
sekali sekala please take kopi untuk meningkatkan kadar dengupan jantung .
dalam masa yang sama kopi akan meningkatkan tekanan darah ke paras normal .
Daging
*Masyarakat sering menganggap bahawa daging kambung mampu meningkatkan tekanan darah hakikatnya daging kambing dapat meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. . Di fahami bahawa Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahawa kandungan Hb sebagai pengikat oksigen dalam darah memiliki kadar yang rendah dan mengakibatkan pengidap menjadi pucat (anemia), pening kepala serta cepat lelah. Selain itu hati ayam, lembu, kambing, mentega juga keju juga bagus bagi penghidap tekanan darah rendah.
Garam
* kandungan garam dalam makanan juga perlu mencukupi .
jangan masin sangat . bahaya juga kan .
Bayam
* masak bayam lah yang paling mudah tau . rebuskan bersama ikan bilis
a few minutes dah setel tau . jadikan amalan 2x seminggu makan bayam pun dah ok .
Bersukan
* perlu bersukan juga . but bersukan yang ringan . just jogging or
berbasikal pun dah ok .
Berolahraga secara teratur juga dapat membantu bagi mengurangkan gejala-gejala tekanan darah rendah. Sekurang-kurangnya berjalan selama 30minit setiap pagi atau pun sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
# moralnya : semuanya kena take dengan bersederhana . supaya semuanya balance dalam badan kita #



.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment