" belajar dari kesilapan"
percaya atau tidak kita selalu beringat ketika sudah membuat kesilapan .
ketika itu kita akan fikir yang kita akan belajar dari kesilapan .
tapi bagi aku jika kita ulang kesilapan yang sama ia satu kebodohan .
namun itu semua rencah ragam dalam kehidupan .
memang manusia ini tidak akan lari dari lakukan kesilapan .
tapi x mustahil juga ada yang langsung tidak sedar apa kesilapan mereka .
semuanya ada pada diri kita . kita kena percaya dengan apa yang kita
lakukan ada baik dan buruknya . lebih baik kita fikirkan apa yang akan
terjadi kalau kita lakukan perkara yang buruk . kesan ye amat mendalam .
bukan hanya sekarang , tetapi ketika masa akan datang .
bg aku setiap langkah yang kita pilih ada risikonya .
ikut pada nasib kan ?
dan bagi aku bukan senang kita nak yakin kan seseorang
bahawa apa yang kita cakap itu adalah benar .
kesilapan yang lalu hanyalah sejarah .
apa yang perlu dikira sekarang dan waktu akan datang.
bukannya perkara yang lalu yang dipersoalkan .
tetapi mainan manusia . selagi tak disoal beribu kali tidak sah kan .
Jangan dipersoalkan mahupun menghukum segala kesilapan yang
lalu sebagai alasan untuk mencetuskan permasalahan .
berikan peluang dan masa untuk menjadikan kesilapan itu
sebagai pengajaran .
tidak susah untuk memberi peluang .
ia akan menyenangkan hati kita apatah lagi dengan
ungkapan maaf.
ia amat bererti kepada orang yang telah melakukan kesilapan.
tetapi itu lah nama ye kehidupan dan manusia .
memang x lari dengan kesilapan dan persoalan yang disoal
apa-apa pun jangan di ulang kesilapan yang lalu
ia seperti kita diperbodohkan dalam erti bodoh yang sebenar .
No comments:
Post a Comment