Tuesday, February 14, 2012

kisah kegigihan .

entry kali ni aku nak share dengan korang tentang penjual apam balik .
pada satu malam aku g beli burger..sebelah burger stall 2 ada sepasang
suami isteri jual apam balik.si isteri menjual apam balik dengan penuh semangat.
si suami turut membantu si isteri.mereka berdua saling membantu.dengan anak seramai
empat orang dan masih kecil2 lagi mereka berdua bertungkus lumus untuk
mencari rezeki di malam hari.Sangat rajin mereka berdua.aku agak ralit memerhatikan
mereka.sesekali mata aku memandang ke arah kelibat pasangan tersebut.








kemudian mataku beralih ke kereta.. kereta jenis datsun merah model lama 2
terlalu usang..kesiannya hati aku terdetik.lagi menyedihkan ketika aku
melihat anak kecil yang lebih kurang 5 tahun yang sangat nyeyak tidur beralaskan
kepingan kotak di bawah kereta usang tersebut.si abangnya pula tidur di atas but kereta
nampak sangat2 letih mereka berdua.yang si anak perempuannya bermain dengan kucing.


terdetik didalam benak otakku . alangkah indah ye hidup pasangan itu jika anak2 
mereka hargai dan akan balas jasa ibubapa mereka kelak . Aku berharap agar
anak2 mereka belajar rajin2 dan cuba mengubah hidup mereka . Insyaallah .
Aku ingatkan diri sendiri , Allah kurniakan kita rezeki . Kita harus bersyukur
dengan segala nikmat kurniaan-Nya . Jangan angkuh dengan kekayaan dunia
kerana hidup kita di dunia ini ibarat roda  . kadang2 di atas , kadang2 kita di bawah . 
Kesenangan dan kesusahan adalah ragam hidup . Apa2 pun cari lah rezeki yang halal
walaupun hanya menjadi seorang pengutip tin . 


Aku jadikan pasangan penjual apam balik itu sebagai contoh kegigihan mereka 
mencari rezeki untuk kehidupan dan anak2 mereka.
Aku mendoakan mereka sekeluarga akan mendapat limpah kurnia dari yang Esa...

2 comments:

*TwInkLE_Mom0* said...

sangat menyentuh hati pada yang melihat...
sangat besar ketabahan hati pada yang melalui..

Unknown said...

betul 2 momo... itu semua leh wat kita kuat berusaha utk terus kan hidup