Saturday, January 7, 2012

Jodoh satu pencarian atau penantian ...

Apa yang perlu lakukan  . ?

  • Fahami sifat jodoh yang telah ditentukan Allah termasuklah dengan siapa dan bila waktunya . Kita perlu berusaha tetapi Allah akan menentukan segalanya . Berdoa dan bertawakal perlu dilakukan supaya kita diberikan jodoh yang baik-baik .
  • Belajarlah mengenai tanggungjawab suami dan isteri di dalam rumah tangga Islam.Cuba tanya diri sendiri adakah diri kita layak untuk menjadi seorang suami / isteri yang soleh / solehah . Jika belum , usahalah untuk mencapai tahap itu .
  • Buat gambaran kasar jika sudah berumah tangga . Bincangkan mengenai komitmen yang perlu mengikut syariat Islam agak mengelak berlakukan konflik yang memecah belahkan hubungan . 
  • Selepas itu mulakan ' buru jodoh ' yang sebenarnya dengan cara yang benar. Buru pada waktu2 sepertiga malam. diatas sejadah dengan kerelaan hati .
  • Sesudah itu , fahamilah keperbadian  diri sendiri dan belajar fahami perbezaan peribadi orang lain.
  • Jangan terlalu cerewet pilih pasangan . Apabila bertemu yang baik agama dan akhlaknya , itu amat memadai . 
  • Cari pasangan yang boleh memahami antara satu sama lain .
  • Belajarlah berminta maaf .Buangkan segala ego yang ada, kerana ego akan merosakan hubungan  .
  • Motivasikan diri . Stress kerja dan bebanan lain akan timbulkan suasana yang agak 'kureng' . so , perlulah belajar memberi kata2 semangat kepada pasangan .
  • Kenali pasangan . Ketahui kelemahan dan kelebihan pasangan anda . Ia akan merapatkan lagi hubungan .

No comments: