Friday, January 27, 2012
definisi , nilai , prinsip-prinsip Koperasi
entry kali ni aku nak share tentang korang tentang koperasi . apa guna kalau aku belajar tentang koperasi but x share kan .. ~*
apa itu koperasi ???
- Koperasi sebuah persatuan manusia yang berautonomi dan bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi , sosial dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama serta dikawal secara demokrasi.
Nilai-nilai asas ???
1. Membantu diri sendiri
2. Bertanggungjawab keatas diri sendiri
3. Demokrasi
4. Kesamarataan
5. Keadilan
6. Perpaduan
Prinsip-prinsip koperasi ???
1. Keanggotaan secara terbuka dan sukarela
- satu organusasi sukarela dan terbuka kepada semua orang yang menggunakan perkhidmatan yang sanggup terima tanggungjawab keanggotaan tanpa kira jantina , bangsa , sosial dan politik.
2. kawalan demokratik anggora
-satu organisasi yang dikawal oleh anggota yang menyumbang atau sertai dalam penyediaan polisi dan buar keputusan. Anggota merupakan kuasa yang tertinggi dalam koperasi yang akan memberi khidmat setelah dilantik sebagai wakil / anggota .
- Anggota koperasi mempunyai hak 1 undi , 1 anggota .
3. penglibatan ekonomi anggota
- anggota menyumbang secara adil dan dikawal demokrasi dalam bentuk modal saham kepada koperasi.Modal ini adalah harta asas kepada koperasi dan anggota akan mendapat faedah yang terhad atas sumbangan modal keahlian tersebut
4. autonomi dan kebebasan
- koperasi adalah organisasi yang berautonomi , organisasi yang membantu diri sendiri yang dikawal oleh anggota sendiri.
5. Pendidikan , Latihan dan Maklumat.
- koperasi akan menyediakan pendidikan dan latihan kepada anggota , ALK , JAD dan pihak pengurusan koperasi .
- Ini akan menyumbangkan keefisyenan dalam pengurusan dan pembangunan koperasi
6. Kerjasama antara koperasi-koperasi
- koperasi dapat memberi khidmat yang terbaik untuk anggota-anggota dan kukuhkan gerakan koperasi menerusi struktur tempatan dan antarabangsa.
7. Prihatin terhadap komuniti
- koperasi akan usaha untuk mewujudkan pembangunan berdaya kekal komuniti-komuniti melalui dasar-dasar yang diterima anggota mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment