Wednesday, December 14, 2011

Ubat Tidur . ~*


Ubat tidur merupakan kategori  ubat sedatif yang bertindak pada sistem saraf pusat dan 
menolong mengatasi masalah kesukaran untuk tidur.  
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh  memberikan kesan sedatif. Contoh : ubat 
antikemurungan, barbiturates dan benzodiazepines.  
Benzodiazepines merupakan ubat yang selalu digunakan untuk merawat keresahan dan 
masalah kesukaran untuk tidur. Sesetengah benzodiazepine digunakan untuk melegakan 
keresahan , 'alcohol withdrawal', 'panic disorders' dan sawan.  
Kebanyakan ubat antikeresahan 
(Contoh: alprazolam, clonazepam, diazepam, lorazepam) 
boleh membantu masalah kesukaran untuk tidur apabila diberikan  pada waktu malam. 
Kebanyakan ubat hipnotik pula 
( Contoh: midazolam, zolpidem) akan memberikan kesan 
sedatif pada waktu siang.  


Komplikasi 

Kesan sampingan yang biasa dialami apabila mengambil ubat tidur adalah mengantuk dan 
rasa pening, hilang tumpuan untuk melakukan kerja dan percakapan yang tidak jelas.  
Jangan memandu kenderaan jika masih mengalami kesan dari ubat tidur.  
Kebanyakan ubat tidur boleh menyebabkan pergantungan pada ubat apabila diambil dalam 
dos yang tinggi dan pada jangkamasa yang panjang. Apabila keadaan ini berlaku, ia 
menyukarkan pemberhentian rawatan ubat tidur tersebut.  
Ubat tidur tidak boleh diberhentikan secara mengejut. Doktor akan menasihatkan bagaimana 
untuk memberhentikan ubat secara berkala.  

Rawatan 

Ubat tidur hanya boleh diambil untuk jangka masa yang pendek sahaja. Kesan ubat tersebut 
akan berkurangan kerana badan anda telah menyesuaikan diri dengan ubat ini.  Langkah Berjaga-jaga 
Masalah kesukaran untuk tidur dapat diatasi dengan merawat tingkahlaku secara kognitif  
Berikut adalah cara yang boleh digunakan untuk mengatasi kesukaran untuk tidur.  
• Pastikan tidur pada waktu yang telah ditetapkan.  
• Jauhi minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam.  
• Tetapkan waktu yang sesuai untuk bangun pagi.  
• Pastikan tempat tidur adalah selesa (tidak terlalu sejuk atau terlalu panas)  
• Membaca adalah lebih baik daripada menonton televisyen.  
• Masalah sukar untuk tidur adalah masalah yang kerapkali berlaku. Oleh itu, cuba tidur 
hanya jika benar-benar mengantuk.  

No comments: