Tuesday, August 16, 2011

Human Papilloma Virus (HPV)





Apakah itu Kanser Servik ?


Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). 
Kanser ini ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita 
selepas kanser payudara dan kanser kolorektal.
Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan 
mendapat kanser servik setiap tahun. ( ini fakta okeh , bukan rekaan )




So, what must do ?



Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV.
 Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan
sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
takoottt wooo . ~* agak fobia dgn jarum2 ni


Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua    - 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga    - 6 bulan dari suntikan pertama.


Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.




Adakah vaksin ini halal .?


memang vaksin ini halal .




Siapa yang harus dapatkan suntikan ini ?


benda alah ni di beri  kepada remaja perempuan yang 
bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun 
pada tahun semasa. 
Bagi orang yg dah xsekolah tidak termasuk 
dalam kumpulan yang disasarkan, 
so , korang g la klinik2 kerajaan / swasta
tp kne caj la .. 








Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments: