Thursday, December 6, 2012

HITLER


HOLOCAUST

"biar saja aku musnagkan semua yahudi di dunia ini ! tapi aku akan tinggalkan sedikit yang hidup , agar kamu dapat mengetahui mengapa aku bunuh mereka ." - hitler


Adolf Hitler , pemerintahan Jerman muncul ketika perang dunia yang ke II oleh beberapa sebab. Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T 4.

Pelan ini adalah untuk membunuh golongan Euthanasia secara beramai-ramai keatas golongan tertentu , majoritiya Yahudi.Setelah tamat perang dunia ke II , hampir 6 juta Yahudi diseluruh Eropah mati dibunuh.

Britain berundur pada tahun 1948

US MASUK CAMPUR

Amerika Syarikat , selaku kuasa besat dunia setelah Perang Dunia ke II memainkan peranan dalam menubuhkan Israel ( negara yang diiktirafkan ).

Secara hakikinya negara Israel tidak pernah wujud . tetapi setelah perang dunia ke II tamat , mereka takut dan telah menubuhkan Persatuan Yahudi Amerika .Pada 1947 , Israel di bawa ke PBB dan dipisahkan dari Palestin.Pada 1947 , Israel ditubukan di Palestin dengan bantuan PBB.


MENAWAN SEMULA - SAVE GAZA


MENAWAN SEMULA

Setelah Palestin ditawan,Kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman ketika itu , semakin hilang semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung , yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.Beliau menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran,seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.

Akhirnya pada 1187 , ibu negara Palestin berjaya ditawan dan pada 1291 kubu terakhir tentera Salib berjaya di musnahkan.

PERANG DAN BERPECAH - SAVE GAZA


PERANG DUNIA I

Akhirnya pada tahun 1914  , tercetusnya perang dunia I . Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar iaitu Pakatan Bertiga ( Britain - Perancis - Rusia ) menentang Pakatan Pusat ( Jerman - Austria - Hungary ) .

Setelah perang berterusan , negara - negara lain seperti US dan Itali menyertai Pakatan Bertiga , Manakala Turki menyertai Pakatan Pusat .

Pakatan Pusat diserang hebat oleh Pakatan Bertiga .Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.Kerajaan Islam Barat menjangkau sehingga ke Algeria dan Sudan manakala negara Utara Afrika dikuasai oleh Perancis.

Kerajaan Islam diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan utara kerajaan Islam itu .



KEDATANGAN ISLAM - SAVE GAZA


KEDATANGAN ISLAM

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W . Setelah Rasullah berjaya menubuhkan empayar Islam , beliau wafat pada 632 Masihi .

Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin telah berjaya di tawan oleh Kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi . Maka , Palestin telah menjadi hak milik Islam , sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah .

Sepanjang Tempoh itu juga , Kerajaan Rom telah berjaya menjalani Kristianisasi . Sejak dari 1000 Masihi.tntera Kristian telah usaha menawan semula Palestin.Pada tahun 1063, Pope Alexndar II berikan fatwa bahawasanya mereka perlu berjuang untuk kembalikan semula Palestin. Berlakunya Perang Salib ( Crusades .Akhirnya pada 1099, tentera Salib berjaya menguasai tanah suci itu selama 200 tahun .

SEJARAH AWAL PALESTIN - SAVE GAZA

SEJARAH AWAL

1.Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
2.Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
3.Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.
4.Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.
5.Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
6.Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
7.Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.
8.Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.