dulu kan masa aku kecik-kecik . aku sangat nakal . macam anak lelaki mak abah pulak ase ye . kalau nak di ikutkan geng-geng masa kecil lah paling best . masa 2 zaman duk kat felda jengka 8 . fuhh . bila cakap pasal jengka 8 , memang banyak memori indah . indah bebeno kata org kan . zaman kecik-kecik dlu . Rabiha Asnira lah bff aku wei . sebelah umah je , dia merangkap jiran dan kawan akrab aku lah . kak long , alif diketegori rapat sangat lah kan . mak dulu jaga anak encik rashid & kak bedah . Adik Shida . best ye kenangan tu .
kalau dulu masa kecik-kecik suka main kahwin-kahwin dengan kak long and aliff . biha turut serta lah kan . kak long selalu jadi mak . alif jadi abah . dan aku dan biha jadi anak . tapi ada masa tukar-tukar gak lah . main jual-jual pun ada . ambik daun pokok untuk dijadikan duit kertas dan batu dijadikan duit syiling . konon-konon jadi penjual dan ada yang jadi pembeli kan . kemain lagi . kalah mak jemah tau . huhuhu
pada suatu hari , di tengahari tau . aku biha dan siapa ek ? dah lupaa lah . g main panjat-panjat traktar pak cik musa . traktar yg angkut buah kelapa sawit 2 kan . lama gak lah duk main-main .turun naik . turun naik . nak dijadikan cerita aku jatuhhhhh . gedebukkkkk atas tanah . skirt tersangkut kat skru . baru jatuhhh . malang memang xberbau kan . aku pun menagis teresak-esak . sakittt woooo . time balik 2 kan aku mngadu kat mak , abah . sakit sangat tangan aku . dengan xmemasal mak abah marah kat teh . sian teh . mak abah ingat kan teh duk dera aku kan . pada hal aku jatuhhh . dengan urgentnya mak abah bawak g klinik chin mentakab . ingat lagi suasana kat klinik 2 . kena x-tray . memang . tangan kanan aku patah . atas sikit pada pengelangan tangan , so , mak abah bincang xnak simen kan .
so , g lah berubat ke belah-belah jerantut 2 . benda entah nama tempat 2 . yg pasti umah bomoh patah 2 dalam ladang sawit . seramm . masa 2 naik van pakcik muslimin . sesampai je bomoh 2 jampi apa nytah . konsep berubat kat tempat 2 ialah guna buluh balut-balut kain . dah siap . ada lah jampi2 kan . lama gak lah aku duk berpantang . macam2 benda xleh makan .
dan efect dari patah tangan tu skang ni ada terasa tauu , for example kalau angkat bnda berat-berat kan , malam je sakit lahh . kalau musim sejuk , hujan-hujan ada gak terasa nyiluu . dan apa yg sedih kan . aku mmg failed lah nak mintak kje dengan pasukan beruniform . senget sudah tangan . hehehehe . xpelah kan , xdek rezeki dan dah takdir .
Nakal kan aku time masa kecik . namun apa kan daya , itulah zaman kanak-kanak aku dan serba sedikit zaman duk felda kan . banyak gat aktiviti yang lakukan bersama-sama rakan sebaya . nantikan story yg sterusnya tentang jengka 8 dan aku .